[VIDEO] Adik Perempuan Sajat Luah Perasaan Terbeban Masalah Abang Sendiri

SETELAH sekian lama memendam perasaan tentang kontr0versi membabitkan usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, adiknya Nur Mustika akhirnya tampil meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ujar Mustika, dia begitu terbeb4n dengan masalah yang dicetuskan abangnya yang kini dilihat sedang menikmati saat bahagia setelah did4kwa berjaya melarikan diri ke Austalia.

“Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, jadi buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia.

“Tapi dug4an bukan kecil apabila aku sebagai perempuan kena tanggung perbuatan dia selama ni.

TONTON VIDEO LUAHAN MUSTIKA!

“Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kene tanggung,” katanya menerusi mesej yang dikongsikan kepada mStar pada Selasa.

Luahan berkenaan dibuat sehari selepas mStar melaporkan tentang berita yang mendakwa Sajat kini berada di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Thailand.

Difahamkan kemarahan Mustika terhadap Sajat turut berpunca daripada sikap netizen yang bertindak ‘menyer4ng’ platform media sosialnya dengan pelbagai hinaan dan tohmahan.

Reputasi bvsuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku Malah dia hin4 aku sebab terangkan kat media.

MUSTIKA

ADIK SAJAT

Bukan itu sahaja, Mustika turut kes4l apabila ada segelintir media dan blog tersalah menggunakan fotonya bagi mengiringi berita berkaitan Sajat.

“Kesiannya netizen dpt maklumat salah. Kalau mana yang tak tahu ini gambar Mustika dan bukan gambar Sajat… dah tentu ramai datang Instagram ni ser4ng,” tulisnya pada kapsyen bersama posting tangkap layar daripada sebuah portal berita.

Kata Mustika lagi, reputasinya sebagai influencer juga terjej4s dengan kontr0versi Sajat.

IKA

Mustika pernah berkongsi cerita kepada mStar dalam pertemuan pada September lalu.

“Reputasi bvsuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku. Malah dia hin4 aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

“Banyaknya pengalaman sejak kes Sajat ni. Media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi dengan hidup seseorang tu pun mereka tak peduli,” katanya.

Sementara itu menurut Mustika, paling mengecew4kan apabila kontr0versi membabitkan Sajat turut menjejaskan anaknya.

“Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan neg4tif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?

“Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.