[VIDEO] Bapa Sporting ‘Drive’ Dari KL Ke Taiping, Demi Hantar Anak Bujang Jumpa Buah Hati

Setiap daripada kita pastinya pernah merasai muda. Keinginan untuk berpasangan dan bercinta seperti insan sebaya sememangnya satu lumrah sebagai manusia.

Jadi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak remaja seperti itu, perlulah memberikan nasihat sewajarnya dan tidak berkeras dalam pada mereka berkawan kerana ia akan menggangu emosi seorang remaja yang sedang berganjak dewasa.

Hantar anak dating

Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, seorang lelaki bertindak menghantar sendiri anak bujangnya pergi bertemu dengan kenalan baru di Taiping dari Kuala Lumpur.

@remydamak

Cinta Antara Benua##tiktokmalaysia ##viral ##fypシ ##lovestory

♬ Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

Family pergi jalan2 dekat Taiping

Video yang dikongsikan oleh @remydamak nyata mendapat perhatian ramai kerana dia sekeluarga juga turut serta namun membawa haluan sendiri selepas anaknya bertemu dengan gadis yang dikenali lewat media sosial.

@remydamak

Reply to @marinaismail71 Ni endingnya, Anak bahagia, mak dan ayah gembira..##fypシ ##lovestory ##tiktokmalaysia

♬ original sound – Remy Damak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan seorang bapa yang sporting melayan anak-anak yang sedang membesar.

Warganet juga merasakan didikan seperti ini akan membuatkan anak-anak lebih akrab dengan kita dan contoh yang baik untuk mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.