Dah La Permohonan Ikat Jamin Anak Ditolak Kali Kedua, Lepas Tu Dapat Jumpa 20 Minit Je

SELEPAS permohonan ikat jamin Aryan Khan ditolak pada Rabu, bapanya yang juga pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mengunjungi Penjara Arthur Road di Mumbai pada Khamis.

Ini merupakan pertemuan pertama bintang itu dengan anaknya yang berusia 23 tahun selepas ditahan Biro Pengawalan Narkotik (NCB) di kapal pesiaran di luar Mumbai pada 2 Oktober.

SRK, 55, menghabiskan sekitar 20 minit di penjara berkenaan.

Permohonan ikan jamin Aryan Khan telah ditolak buat kali kedua, manakala rayuan jaminan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa.

Aryan dijangka akan meraikan perayaan Deepavali di dalam penjara berikutan mahkamah akan berehat panjang pada awal November ini.

Dia diberi peluang bercakap dengan ibu bapanya, SRK dan Gauri Khan, melalui panggilan video pada hari Jumaat.

Seluruh anggota keluarga berharap Aryan dapat kembali sebelum perayaan Deepavali.

Aryan ditahan pada 3 Oktober lalu.

Menurut laporan portal NDTV, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai.

Malah kedua-dua mereka dilaporkan akan terus mengemukakan hujah bahawa tiada penemuan sebarang jenis dadah pada anak guam mereka (Aryan) sewaktu serbuan diadakan di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Bagaimanapun, agensi anti dadah negara itu menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa Aryan berkemungkinan terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa.

Ini berdasarkan rekod perbualan menerusi aplikasi Whatsapp milik Aryan dengan anggota-anggota kartel tersebut.

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *