“Harap bertabah bro” – Lelaki Men4ngis Lepas Ternampak Tunang Jumpa Lelaki Lain Di Stesen Minyak

Sebelum satu hubungan itu ke jinjang pelamin, sudah semestinya setiap pasangan akan melalui fasa merisik dan bertunang terlebih dahulu. Macam orang selalu kata, setiap fasa mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri.

Namun begitu, tak semua pertunangan berakhir dengan perkahwinan yang diimpikan. Ini kerana, ketika dalam waktu bertunang, bermacam perkara yang tak dirancang boleh berlaku. Seperti perkongsian video TikTok menerusi akaun @faizolpejo42, yang viral kerana satu kejadian melibatkan sahabatnya.

Dalam video itu, lelaki yang dikenali sebagai Faizol, menceritakan peristiwa yang menyebabkan kawannya menangis teresak-esak di sebuah stesen minyak. Ternyata, punca kawannya itu menangis kerana dia terlihat tunangnya bersama dengan lelaki lain dalam kereta.

Namun begitu, lelaki itu tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya mampu lihat dari jauh. Disebabkan rasa kecewa yang melampau, dia tidak menahan air mata dan menangis teresak-esak. Dia juga dilihatkan tidak mampu berkata apa-apa walaupun telah ditenangkan oleh Faizol.

Netizen di bahagian komen juga ramai yang meminta supaya dia tenang dan anggap bahawa itu adalah ujian yang diberikan untuk menunjukkan siapa tunangnya yang sebenar sebelum terlambat. Ada juga yang berkata, sekurang-kurangnya kebenaran ditunjukkan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Komen Curang 1

Komen Curang 2

Komen Curang 3

“Saya faham perasaan dia, saya pernah alami benda sama… Ambik masa untuk bangkit semula” – Netizen

Dengan apa yang berlaku, anggaplah ia ada hikmah tersendiri. Ini kerana, sebagai manusia kita juga perlukan masa untuk memperbaiki diri sendiri. Jadikan sebagai iktibar dan janganlah bersedih terlalu lama.

Min harap kawan Faizol diberikan kekuatan dan juga diberikan pasangan yang lebih baik di masa akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published.