Kereta Yamani Abdillah hilang kawalan, berpusing 3 kali- “Ada kem4langan sama, siap ada yang meningg4l”

BAGAI telur di hujung tanduk… Penyanyi Yamani Abdillah berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan dipandunya terbabit kemal4ngan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada pagi Khamis.

Cerita Yamani, 20, kereta yang dipandunya dalam perjalanan pulang dari Ipoh, Perak tiba-tiba hilang kawalan berhampiran tol keluar Sungai Buloh.

“Saya dari Ipoh nak balik ke Shah Alam… dalam pukul 12.20 pagi sebelum tol keluar Sungai Buloh tiba-tiba tayar kereta saya hilang imbangan dan tak boleh dikawal.

“Saya tengok dari belakang ada lori, saya cuba elak. Saya kawal stereng dan kereta berpusing tiga kali… selepas tu berhenti sepenuhnya di tepi jalan. Semasa itu saya fikir dah nak m4ti, kemungkinan saya dah tak ada hari ini.

“Alhamdulillah umur saya masih panjang. Saya dimaklumkan tempat itu memang selalu berlaku kemalangan, ada orang di situ beritahu ada kemalangan sama dan mangsa meninggal di tempat kejadian pada petang semalam,” katanya kepada mStar.

yamani 2

Kereta Yamani rosak teruk akib4t ins1den itu.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini memaklumkan dia bersama seorang lagi penumpang yang juga merupakan saudaranya tidak mengalami keceder4an par4h.

Bagaimanapun, kenderaan pacuan empat roda miliknya itu meng4lami keros4kan teruk.

Sekarang ni saya dah trauma nak memandu jauh pada waktu malam. Itu kali terakhir saya pandu kereta waktu malam

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

“Alhamdulillah kami berdua baik-baik sahaja, cuma saya ada rasa sakit sikit di bahagian belakang badan, mungkin kesan hentakan semalam.

“Sepatutnya saya ada urusan kerja pada hari itu tapi terpaksa tunda kerana perlu dapatkan rehat selepas insiden itu,” ujarnya.

yamani 3

Yamani (kanan) bersama adiknya yang juga penyanyi Zaki Yamani.

Sementara itu, penyanyi lagu T4kut Kehilangan ini mengakui trauma untuk memandu pada waktu malam.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan syukur kerana masih dipanjangkan usia dan selamat daripada insiden berkenaan.

“Sekarang ni saya dah tr4uma nak memandu jauh pada waktu malam. Itu kali terakhir saya pandu kereta waktu malam. Ini juga mungkin ujian dan pengajaran buat diri saya.

“Apa-apa pun Alhamdulillah masih diberi peluang meneruskan hidup. Saya fikir yang baik, pasti ada hikmah atas apa yang berlaku,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.