“Bila Masa Bercinta?”- Hafiz Hamidun Sudah Putus Hubungan Dengan Kekasih Hati Negara Seberang

Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun baru-baru ini mendedahkan bahawa hubungan cintanya bersama seorang selebriti media sosial Indonesia telah pun berakhir.

Jelas Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Hamidun,37, hubungannya bersama wanita tersebut yang dikenalinya sekitar 2019 yang lalu itu tidak dapat diteruskan kerana sukar untuk memberi komitmen memandangkan ia merupakan sebuah hubungan jarak jauh tambahan dengan dugaan pandemik COV1D-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Hubungan dengan orang seberang sudah terputus. Disebabkan COV1D-19, membataskan saya untuk bertemu dengan sesiapa. Jadi, komitmen terhadap hubungan jarak jauh tidak boleh diteruskan. Susah sebenarnya, adalah lebih baik saya fokus kepada kerja dan keluarga kecil saya sekarang.

Meskipun kasih terputus di tengah jalan, Hafiz berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana kehadiran wanita sebagai isteri namun terdapat syarat yang ditetapkan oleh penyanyi itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Sekarang bukan terima saya sahaja, tetapi Hamdee (anak angkat) juga. Harus tahu Hamdee lahir dan membesar dalam keadaan yang bagaimana kerana dia mempunyai sejarah tersendiri.

Keluarga saya sudah tentu mengenalinya daripada kecil, kalau ada orang mahu berkahwin dengan saya, mana tahu kalau ada jodoh, dia (wanita) memang kena terima bukan saja saya, keluarga tapi paling penting Hamdee.

Perkembangan terkini, Hafiz kini muncul dengan album terbaru berjudul Zikir Terapi Acapella yang juga merupakan album studio kesembilannya.

Zikir Terapi Acapella merupakan album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun dan juga Universal Music Malaysia.

Ia kini boleh didengari di mana-mana saluran muzik dalam talian serta akan diterbitkan dalam versi cakera padat secara eksklusif yang akan dipasarkan menerusi platform Shopee.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://beautifulnara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.