“Begitu Ramai Yang Hadir” -200 kenalan dan rakan artis hadir beri penghormatan terakhir

SUASANA sur4m mengiringi pengebumian Allahyarham Mamat Khalid di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh kira-kira pukul 2.20 petang Ahad.

Terdahulu jen4zah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di Ipoh, Perak dengan dihadiri kira-kira 200 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, pelakon, peminat dan penduduk sekitar selepas solat Zuhur.

Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, dibawa dari Hospital Slim River ke rumahnya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 sekitar pukul 6 pagi sebelum dibawa ke tanah perkvburan.

mamat2

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di Ipoh, Perak. – FOTO FB AHMAD FAIZAL AZUMU

Antara artis-artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk Awie, Datuk M Nasir, Bell Ngasri, Khir Rahman, Zul Ariffin, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim selain Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

mamat3

Ahmad Faizal Azumu antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah Mamat Khalid.

Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham meningg4lkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.