Tunai Tanggungjawab Jadi Bapa Angkat, Vin Diesel Iringi Anak Paul Walker Di Hari Perkahwinannya

Anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow Walker selamat berkahwin dengan pasangannya, aktor Louis Thornton-Allan.
Meadow, 22, yang merupakan seorang model itu mengumumkan khabar gembira tersebut menerusi kemas kini dalam akaun Instagramnya.

Hal yang menarik perhatian di sebalik majlis perkahwinan itu adalah kehadiran aktor Vin Diesel.

Diesel dilihat mengambil alih tempat sahabat baiknya, Walker yang meningg4l dunia pada tahun 2013 sebagai ‘bapa pengantin’.

Ironi, Diesel adalah bapa angkat kepada Meadow yang lahir dua tahun sebelum dia dan Walker terbabit dalam filem francais The Fast and the Furious pada tahun 2000.

Melihat Diesel menggantikan tempat Walker mengiringi puterinya pada hari bersejarah tersebut, banyak peminat mengaku mereka menangis.

“Vin Diesel berjalan dengan Meadow Walker di hari perkahwinannya menggantikan Walker. Saya menggig1l dan men3ngis sekarang,” tulis seorang warganet lapor Independent.

Seorang lagi menulis: “Saya men4ngis di khalayak ramai melihat Vin Diesel menggantikan Paul Walker di hari bahagia anaknya.”

Malah ada peminat yang menyifatkan perbuatan Diesel yang membawa watak Dominic Toretto seperti menuaikan ‘perjanjian’ keluarga yang selalu ditonjolkan dalam francais tersebut.

“Ini sangat real (ikatan keluarga),” ujarnya.

Meadow dan pasangannya berkahwin selepas dua bulan bertunang.

Terdahulu, dalam satu temubual, Diesel mengaku Meadow selalu menjadi orang pertama yang mengucapkan Happy Father’s Day buatnya.

Walker yang dikenali dengan watak Brian O’Connor menerusi francais tersebut meningg4l dunia dalam sebuah kemalangan pada tahun 2013. Dia waktu itu berusia 40 tahun.

Kredit Foto: Independent

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *