“Sampai kita berjumpa lagi” -Maria Tunku Sabri Seb4k Minta Doa Dari Semua Orang

Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan. 

“Saya maafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi,” kata pengacara Maria Tunku Sabri dalam nada sebak menerusi video di Instagram.

Pengacara terkenal yang pernah mengendalikan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Cov1d-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 21 Oktober lalu selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan dem4m gara-gara dij4ngkiti Cov1d-19.

Maria berkata, dia memohon maaf kerana tidak memuatkan sebarang khabar berita darinya ketika ini kerana mahu berehat.

“Saya nak pulihkan s4kit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut . Apa nak buat, sakit kan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal, cumanya kum4n dalam d4rah semakin mengg4nas. 

“Saya perlukan rehat yang banyak. Sudah lima, enam hari tak buat hantaran di Instagram. Tak larat sangat dan masa cakap pun batuk. Memang tak boleh nak cakap banyak sangat. Minta semua doakan saya agar saya kembali pulih dan balik rumah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

Perkongsian video itu mendapat lebih 50,000 tontonan serta simpati dari rakan industri serta peminat.

Mereka mendoakan agar Maria tabah dan sembuh seperti sediakala

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.