[VIDEO] Sambut Hari Lahir ke-18, Gadis Terharu Dapat Hadiah Mustang dari Ibu Bapa

Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri meraikan hari lahir anak-anak. Ada yang membuat majlis memotong kek dengan mengundang kenalan rapat dan ada juga yang memberikan kejutan hadiah yang tidak disangka-sangka.

Sambut hari lahir yang ke-18

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang gadis di aplikasi TikTok apabila menerima kejutan daripada ibu bapanya pada hari lahir yang ke-18.

Dalam video yang dimuat naik oleh @aamyrae._, dapat dilihat reaksi terkejut serta terharu apabila dihadiahkan sebuah kereta Mustang oleh ibu bapanya.

@aamyrae._

Ya allah tak sangka Birthday tahun ni yang ke 18 dapat mustang hadiah dari mama papa 🥺❤️ Syukur ya Allah ..##fyp

♬ original sound – Amyrahhh

Dia yang baru sahaja keluar dari kereta terus tergamam apabila ibunya mengucapkan selamat hari lahir dengan menunjukan sebuah kereta Mustang berwarna hitam lengkap dengan reben di atasnya.

Gadis tersebut dilihat sebak dan menitiskan air mata sambil memeluk ibunya kerana begitu terharu dengan pemberian yang tidak disangka-sangka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyatakan turut berasa terkejut dengan hadiah yang diberikan lebih-lebih lagi ketika gadis berkenaan baru sahaja berusia 18 tahun.

Walau bagaimanapun, mereka juga tidak menafikan bahawa apa yang diterima adalah rezeki daripada Allah S.W.T dan tidak perlu berasa cemburu kerana ibu dan bapanya mampu untuk menghadiahkan kereta mewah kepadanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.