“Saya Tak Tahu Tentang Parodi Kumpulan Tobat, Bagi Cincin Bukan Gimik!” -Iqbal Ikhlas Bagi Cincin Kepada Kak Cat

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan tindakannya memberi cincin kepada pelakon Catriona Ross pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Jumaat lalu, sebagai gimik.

Iqbal ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak mengetahui tentang kehadiran Catriona pada malam tersebut termasuk persembahan kumpulan Tobat yang memparodikan tentang kontroversi melibatkan dirinya dan Datuk Seri Vida.

“Saya tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Saya hadir kerana memenuhi undangan pihak produksi pada malam tersebut.

“Ketika kumpulan Tobat membuat persembahan, barulah saya tahu mereka memparodikan kontroversi melibatkan saya dan mengundang Catriona sebagai selebriti jemputan.

“Jadi apabila Catriona tiba-tiba turun, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara langsung dan memberikan cincin kepadanya,” kata Iqbal.

Ditanya mengenai cincin tersebut, Iqbal berkata dia ikhlas menghadiahkannya kepada Catriona tanpa mempunyai sebarang niat lain.

“Mesti ramai yang tertanya-tanya kalau bukan gimik macam mana cincin tu boleh ada dalam beg? Kalau orang yang mengenali saya, mereka tahu saya memang suka beli cincin banyak-banyak dan akan hadiahkan kepada sesiapa sahaja secara rawak.

“Kebetulan, malam itu memang cincin itu ada dalam beg, saya tak fikir banyak kerana sepanjang Catriona membuat persembahan saya memang sudah berniat untuk bertemu beliau selepas itu dan memohon maaf,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan kumpulan Tobat yang dianggotai Bell dan Ropie bersama Catriona pada malam tersebut, Iqbal berkata dia tidak mengambil hati.

“Saya okay, tak marah pun. Cuma saya terkejut parodi kumpulan Tobat dan Catriona memang menjadi,” katanya.

Bagaimanapun selepas tamat program MLM 2021 minggu lalu, Datuk AC menggumumkan anggota Tobat, Shuk Sahar menarik diri atas sebab-sebab peribadi.

MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.

Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.