Tular Warga Asing Tak Pakai Mask Nak Masuk Dior, Ini Kata-Kata Dari KJ Buat Insan Bertuah Itu

KALAU berada di Rom, ikut cara mereka (tapi) kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka.

Itu amaran yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung insiden seorang warga asing yang dikatakan bertengk4r dengan pekerja di KLCC kerana keengganannya memakai pelitup muka.

Khairy berkata, kementeriannya kini sedang mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak KLCC.

“Bila berada di Rom ikut cara mereka.

“Bila berada di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tak kira apa pun peraturan di tempat lain.

“KKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada KLCC,” tulisnya di akaun Twitter.

Terdahulu tular video seorang wanita warga asing yang ber4ng apabila dil4rang masuk sebuah premis di KLCC.

Video yang dikongsikan pengguna Twitter, @DFEfiercefun itu tular sehingga menyebabkan #Karen dan #KLCC menjadi trending.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *