[VIDEO] “Lagi 2 Hari Nak Nikah” -Bakal Suami Buat Solat Istikharah ‘Nampak’ Orang Lain, Terus Batalkan Majlis

Kegembiraan seorang gadis untuk ‘disatukan’ bersama lelaki idaman bertukar satu mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan olehnya apabila majlis tersebut dipercayai bakal dibatalkan.

2 hari lagi nak kahwin

Seperti perkongsian gadis tabah dikenali sebagai Ain Najwa menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menceritakan nasib yang menimpanya. Kisah tersebut bermula apabila lelaki berkenaan dikenali sebagai Zue menghantar mesej dan mendakwa telah melakukan solat Istikharah sebagai petunjuk namun, wajah orang lain yang muncul dalam mimpinya.

2, 3 malam Zue buat Istikharah, tapi kenapa nampak orang lain.

Mengulas lebih lanjut, menerusi video dikongsi gadis cekal ini memaparkan baju persalinan berwarna putih yang dipercayai bakal dipakai olehnya dua hari lagi.

Susulan daripada menerima mesej tersebut, gadis ini dikatakan meminta supaya majlis tersebut dibatalkan dan turut meminta penjelasan daripada pihak sana. Di hujung mesej tersebut, gadis ini sempat mengucapkan terima kasih buat lelaki tersebut dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

2 hari lagi. Kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan kerana dia sebaik Perancang. Mama dan papa adalah kekuatanku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis ini dan turut mempersoalkan tindakan yang dibuat oleh lelaki berkenaan.

Video penuh:

@bungakuntum4

2 Hari lagi 💔 Kita mampu merancang tapi Allah yg menentukan, Kerana dia sebaik baik perancang ☺️ Mama dan papa adalah kekuatanku ♥️

♬ sahabat tak akan pergi betrand x anneth – sadvibes🥀

Kenapa nak kahwin baru buat?

Sumber: Ain Najwa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *