[VIDEO] Jarang Dapat Tengok, Netizen Teruja Tengok ‘Abang Motor’ Tolong Tunda Motosikal Polis Trafik

Ibarat ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’, baru-baru ini tular di TikTok tindakan dua abang motor yang membantu anggota polis.

Dalam video tular tersebut, dua penunggang motosikal berkenaan dirakam berganding bahu menunda sebuah motosikal yang dinaiki anggota polis.

Tidak dapat dipastikan masalah yang dihadapi anggota polis berkenaan, bagaimanapun berkemungkinan motosikal peronda yang ditunggangnya mengalami masalah

Berada di sisi jalan, kedua-dua lelaki tersebut dilihat dengan tenang menolak menggunakan kaki motosikal anggota polis berkenaan.

Menjengah diruang komen, rata-rata netizen memuji tindakan kedua-dua penunggang motosikal tersebut. Ada yang merasakan situasi berkenaan sebagai ‘rare’ kerana ia amat jarang berlaku.

@durianbroters

 

♬ original sound – Nikkhun – 𝓐𝓻𝓲𝓮𝓯 𝓕𝓪𝓻𝓱𝓪𝓷𝔃🥷🏻

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber: https://siakapkeli.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *