“Isteri saya masuk Islam bukan kaum..” -Maryam dip4ksa berpantang ikut adat Melayu?

Sebelum ini, pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam pernah mencetukan k0ntroversi selepas terl4njur samakan pakaian tradisional suku kaum di Sarawak dengan kain bvruk. Namun selepas itu, pasangan ini telah pun memohon maaf secara terbuka di laman media sosialnya.

Mengenai perkembangan terbaru pemilik saluran Youtube DurianKimchi ini, mereka baru sahaja dikurniakan cahaya cahaya perempuan, Rina, pada 21 Oktober lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Menerusi posting terbaru mereka di Instagram, dapat lihat Maryam sedang berpantang dan menjadi tumpuan netizen untuk mencari kesal4han dirinya semasa berpantang. Manakan tidak, ramai yang menegur Maryam tidak mengikuti cara berpantang seperti orang melayu.

Bagaimanapun, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan isterinya hanya mengubah agama bukan mengubah budaya. Katanya, budaya Korea masih kekal dalam diri Maryam justeru dia berharap agar tidak ada individu yang memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.

“Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.

Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.

Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga? Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.”- tulisnya di Instagram.

Foto: Instagram @ryzalibrhm

Sementara itu, Ryzal memberitahu dia telah pun mengambil perkhidmatan Confinement Lady untuk membantu Mariam menjalani cara berpantang secara tradisional. Baginya, itu sudah mencukupi kerana Mariam bersetuju untuk melakukan walaupun itu bukan budayanya.

Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.

Saya minta hajjah, makcik, akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya.- tambahnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.