Belum Cukup Sebulan Bergelar Janda, Celine Evangelista Dah Jadi Rebutan Para Lelaki

Jakarta: Belum sampai sebulan bergelar janda, pelakon Celine Evangelista, 29, mengakui sudah ramai lelaki cuba mendekati dan mahu memikatnya.

Bagaimanapun, Celine yang bercerai dengan pelakon Stefan William, 28, pada 18 Oktober lalu berkata, tidak semudah dan sepantas itu hatinya terbuka untuk bercinta semula.

Menurutnya, dia cuma ingin fokus kepada kerjaya serta anak-anaknya buat masa sekarang dan tidak menolak jika lelaki mahu berkawan saja dulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Celine Evangelista (@celine_evangelista)

“Ada yang cuba mendekati, saya tak mahu menipu. Kalau mahu berkawan, boleh sajalah. Sekarang mahu pulihkan diri dulu.

“Saya mahu fokus kepada pekerjaan serta meluangkan masa bersama anak-anak semaksima yang boleh,” katanya.

Pelakon filem Ruqyah : The Exorcism itu juga berhajat mahu fokus kepada pendidikan anak-anak buat masa ini.

Dia enggan mereka membesar dengan kurang pendidikan sebagaimana dirinya dulu

“Saya mahu sekolahkan anak-anak ke peringkat tertinggi. Jadi orang yang berjaya dan bahagia, baik dan berbakti sama keluarga dan beriman,” katanya.

Celine berkahwin dengan Stefan pada 10 November 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lucio Otthild William dan Eadred Koa Lewis Miguel.

Terdahulu, dia juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Dirly Idol. Perkahwinan itu cuma bertahan setahun dan dikurniakan seorang anak, Eleeya Xaviera Sompie selain memiliki anak angkat, Jemima Guri Clementine Sompie.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.