“Ingatkan Lengan Kau Aje”-Shah Iskandar Pun Terkejvt Lihat Paha Zul Ariffin Berurat

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terkini mengenai pelakon kacak, Zul Ariffin yang sebelum ini dilihat sering melibatkan diri menyertai program kebajikan bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi posting terkini, Zul dilihat aktif melakukan aktiviti bersukan tinju (boxing) bersama jurulatih peribadi nya yang dikenali sebagai Ijam Asri .

“Misi yang saya jalani ini adalah peribadi. Saya banyak berhutang dengan diri sendiri. Boom!💥🦁 “- tulis Zul

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Shah Iskandar Terkejut Lihat Paha Zul Berurat

Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen yang diberikan oleh rakannya yang juga pelakon, Shah Iskandar yang terkejut melihat paha Zul kelihatan begitu berurat .

“Serious ah thighs kau pun berurat sampai macam tu sekali..😮😮..aku ingatkan lengan kau aje..perghh. 💪”- komen Shah

Aktor filem Penunggang Agama 2 ini kemudian membalas komen pelakon tersebut dan berseloroh memintanya untuk tidak terlalu serius.

“Yerrr, tapi jangan la serious sangat 😂”-Seloroh Zul

Terdahulu, Murai MY pernah melaporkan aktor kacak ini memohon maaf kerana melakukan posting berkaitan keagamaan di media sosial dan akui tiada niat untuk menunjuk serta meraih perhatian ramai. Zul turut mengakui bahawa dia hanya cuba untuk menjadi sebaik mungkin dalam menimba ilmu serta pengalaman dan bukan kerana ingin berubah menjadi seperti seseorang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.