[VIDEO] “Buat Report PoIis” -Suami Pelakon, Nynaa Harizal Mend4kwa Isterinya DiIarikan Oleh Mertuanya

BUNTU isteri dilarikan dari lokasi penggambaran sebuah drama, suami kepada pelakon Nynaa Harizal berharap masalah yang timbul dengan mertuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Ujar Mohamed Fahmi Ilyas, dia sendiri tidak mengetahui punca isterinya dilarikan secara paksa oleh ibu bapa mertuanya pada Isnin lalu.

“Apa yang saya boleh katakan tiada masalah antara saya dan isteri, kami masih bersama… spend time together, sweet to each other jadi tiada isu antara kami. Kami baru kahwin dua bulan.

“Tapi memang ada isu dengan keluarga, kami cuba selesaikan tapi tak berhasil. Beberapa kali tapi tetap tidak berjaya.

“Jadi saya fikir itu adalah punca kejadian ini jadi di luar kawalan,” katanya ketika ditemui mStar pada Rabu.

204223282_913487502546821_4250589900543536740_n

Mohamed Fahmi mendakwa Nyna Harizal dilarikan secara paksa oleh ibu bapa mertuanya pada Isnin lalu.

Susulan itu Mohamed Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

Menjelaskan lanjut tentang kronologi kehilangan pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu, Mohamed Fahmi mendakwa Nynaa dibawa lari ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama di Shah Alam.

“Pada hari kejadian saya menerima mesej daripada Nynaa kira-kira pukul 1 tengah hari memaklumkan dia sudah selesai (penggambaran).

Saya tanya nak ke mana, dia kata tidak tahu. Kemudian telefonnya dimatikan

MOHAMED FAHMI ILYAS

SUAMI NYNAA HARIZAL

“Lapan minit selepas itu dia mesej lagi maklumkan keluarganya ada di sana (set). Saya terkejut, saya cuba call tapi tak jawab. Dia balas mesej beritahu sudah berada dalam kereta bersama mama, papa dan Mimi (adik ipar).

“Saya tanya nak ke mana, dia kata tidak tahu. Kemudian telefonnya dimatikan,” katanya.

Sementara itu pengarah drama, Opie Zami berkata insiden ini menjejaskan proses penggambaran yang berbaki hanya beberapa peratus.

Bagaimanapun menurut Opie, ibu aktres berkenaan ada menghubungi pihak produksi bagi memaklumkan Nynaa dibawa pulang ke Johor Bahru, Johor untuk berubat.

“Penggambaran untuk dia dah selesai tapi ada rakaman suara latar yang perlu dibuat. Tak sempat nak buat sebab mak dia dah tarik keluar.

Nynaa-Harizal (1)

Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi pada 28 Ogos lalu.

“Jadi sekarang ni Nynaa tak selesaikan kerja dia. Marah pun ya, kecil hati pun ya sebab saya rapat dengan keluarga termasuk mak dia.

“Perkara ini tak profesional, sepatutnya dia kena selesaikan kerja dia dulu kalau nak balik pun. Saya pun bagi kelonggaran dengan gugurkan satu scene sebab saya dah janji nak siapkan lebih awal,” katanya.

Video

Dalam pada itu Mohamed Fahmi yang ditanya tentang masalah kesihatan dialami isterinya, dia berkata sepanjang pengetahuannya wanita berkenaan berada dalam keadaan sihat.

Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi, 29, pada 28 Ogos lalu.

Untuk rekod Nynaa juga merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *