[VIDEO] Terpaksa Kembali Bekerja Lepas Habis Cuti P4ntang, Ibu Seb4k Hantar Tiga Bayi Kembar Ke Taska

Tak dinafikan, menghantar anak-anak ke pusat jagaan atau tabika merupakan perkara yang sukar digambarkan. Dari situlah ibu bapa menyedari mereka terpaksa berpisah untuk seketika daripada anak mereka.

‘Senyap je ingat orang nak bawak pergi jalan’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Triplet.syera di TikTok, berkongsi momen yang tidak akan pernah dilupakan olehnya iaitu menghantar tiga bayi kembar ke pusat jagaan taska buat pertama kali.

Hai, uncle aunty. Hari ni triplet.syera pergi sekolah. jom..3 ketul sebelum pergi taska masam lagi ni belum mandi.

Ibu bagi pesanan sebelum pergi taska.

Difahamkan, setelah tiga bulan cuti pantang, wanita berkenaan harus menerima kenyataan bahawa dia perlu kembali bekerja dan menghantar anak-anaknya untuk dijaga.

Pada awalnya, wanita berkenaan kelihatan teruja untuk menghantar anak-anaknya itu ke taska untuk pertama kalinya. Namun, si ibu menjadi sebak sebaik sahaja masuk ke dalam kereta kerana risau mengenai tiga anak kembar itu.

Wanita berkenaan dilihat mengalirkan air mata kerana sedih terpaksa berjauhan dengan tiga bayi kembar itu untuk pertama kali kerana sebelum ini mereka tidak pernah berpisah. Dalam pada itu, suaminya sempat mengusik si isteri sambil merakam momen tersebut.

‘Pengorbanan seorang ibu yang bekerja’

Respon netizen

 

Sumber : triplet.syera

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *