[VIDEO] Anj1ng Teruja Bersembang Dengan Oyen Depan Rumah, “Comelnya Dia…”

Selalunya anjing dan kucing sering dianggap sebagai dua haiwan yang bermusuhan atau sering bergaduh dek pepatah Melayu “bagai anjing dan kucing”. Tetapi lain pula yang berlaku pada seekor anjing ini yang begitu teruja apabila berjumpa dengan kawan kucingnya ini.

Malah reaksinya yang terlalu teruja ini juga turut membuatkan ramai yang terhibur melihatnya. Pertemuan di antara anjing itu dan si oyen turut tular dikongsikan apabila video tersebut meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, seekor anjing berbaka Husky dilihat sedang duduk di hadapan pagar rumah pemilik kucing itu. Dalam masa yang sama, wanita itu turut membawa sekali kucing peliharaannya itu memandangkan anjing itu hadir untuk berjumpa dengannya.

Sebaik sahaja melihat kemunculan si oyen, anjing itu mula menjerit teruja dan melompat-lompat sambil memandang kucing tersebut. Gelagatnya yang menjerit secara tiba-tiba itu juga turut membuatkan wanita itu terkejut dibuatnya.

oyen

Lebih melucukan, kedua-dua haiwan itu dilihat seperti dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Malah anjing itu juga seperti menanti rakannya si oyen untuk keluar bermain bersama di luar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat pertemuan di antara kedua-dua haiwan ini. Ada juga yang berseloroh kedua-dua anjing dan kucing seperti ini terkenal dengan perangai kuat drama mereka.

“Jarang husky tak berdrama ye.”

anjing

“Masalahnya sekarang dengan aku sekali terkejut.”

kucing

“Husky drama kuat yang si oyen gangster jalanan haa bagus mau haru biru dunia kalau diorang geng.”

komen

“Comelnya dia ajak bermain.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.