“Bukannya kena tangkap”- Ini Reaksi Shahir Selepas Tular Gosip Erra Fazira Jadi Isteri Kedua Ahli Politik

Sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Erra Fazira, penyanyi Shahir Zawawi berkata tidak mengetahui kesahihan berita yang mendakwa aktres itu sudah berkahwin dengan ahli politik.

Tiada perasaan kecewa atau terkejut, sebaliknya Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra.

“Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya.

“Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik.

“Bukannya kena tangkap… kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia.

“Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan bila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira,” katanya.

Shahir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program realiti Al-Hijrah di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sekitar awal Oktober lalu, timbul gosip mendakwa Erra sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menerusi Instagram mengatakan dia enggan melayan gosip tersebut.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia 8 ini memberitahu buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya sahaja.

“Sekarang saya masih belum ada kekasih… kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa.

“Saya ini masalah susah nak fokus dua tiga benda. Bila ada gangguan, fokus saya jadi lari. Saya tidak kata untuk sesiapa.

“Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 13 Julai 2019, Erra mendedahkan hubungan dia dengan Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari namun mereka masih bersahabat baik.

“Saya bukan muda lagi nak dibentangkan kisah kahwin dan cinta tak kesampaian” Erra Fazira jwb dakwaan jadi isteri kedua, ini rekasi ringkas Menteri Belia dan Sukan

TERPALIT gosip dan dakwaan mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik, akhirnya pelakon Erra Fazira tampil menjawab mengenai kontroversi berkenaan.

Menafikan khabar angin itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menegaskan dia masih memegang status ibu tunggal dan tidak bernikah secara senyap-senyap seperti yang diperkatakan ramai.

Mengakui muak dengan gosip cinta sedemikian, Erra berkata kisah peribadinya kurang sesuai dijadikan perhatian umum lebih-lebih lagi ketika usianya yang semakin lanjut.

“Ya, yang pasti saya masih ibu tunggal. Kalau tak faham juga, tak tahu nak cakap apa.

“Sudah sudahlah mainkan cerita fasal status saya. Saya bukan muda lagi nak dibentangkan kisah kahwin dan cinta tak kesampaian. Apa kata berikan perhatian kisah sebegitu dekat artis berpangkat adik lain.

“Lebih manis dan orang tak jelak. Untuk saya andai ada jodoh di hari muka, tolong doakan yang terbaik dan moga berkekalan hingga ke jannah,” katanya.

Sebelum itu, menerusi Instagram pelakon filem Soalnya Hati ini memuat naik foto sedang berbasikal dan memberitahu enggan melayan gosip yang mengatakan dia kini sudah berkahwin.

“Bagaimana penat pun kamu, teruskan berjalan. Weekend yang nyaman sebelum kecederaan berlaku. InsyaAllah sambung minggu depan.

“Apo tak habis-habis cerita fasal kahwin ni. Orang sangat suka bercakap, jadi biar mereka seronok bercakap,” tulisnya.

Reaksi itu diberi selepas timbul gosip mendakwa aktres ini sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Sementara itu, ahli politik yang dimaksudkan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menafikan perkara berkenaan.

“Tidak betul,” demikian jawapan ringkas beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Nama Erra Fazira menjadi perbualan hangat netizen gara-gara gosip kahwin dengan ahli politik.

Dakwaan itu mengejutkan ramai netizen yang turut mempersoalkan kesahihan maklumat berkenaan.

Malah ada juga peminat yang menyangkal dan menganggap gosip berkenaan hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.