Drama ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ Kantoi Ambil Video Orang Lain, Ini Penjelasan Produksi

Syarikat produksi, Zeel Production didakwa menciplak video rakaman drone milik individu Imiey Ridzuan sebelum dimasukkan dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan pada Ramadan lalu di TV3.

Wakil syarikat produksi itu ketika dihubungi mengakui berlaku kesilapan dalam proses suntingan dan menggunakan video terbabit tanpa izin.

“Penyunting yang bertanggungjawab membuat suntingan itu sudah menghubungi individu berkenaan dan membuat permohonan maaf kerana menggunakan video panorama negeri Perlis yang dirakam menggunakan drone.

“Diakui ini adalah kesilapan daripada pihak kami apabila penyunting yang bertanggungjawab menyunting drama itu mengambil video dari saluran YouTube tanpa meminta keizinan.

“Kami dari syarikat produksi tidak menyangka insiden ini boleh berlaku memandangkan kami sudah menyediakan platform simpanan video yang dilanggan dan berbayar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Zeel Production akan berunding secara bersemuka dengan individu itu memandangkan sebahagian daripada pasukan produksi itu masih berada di Perlis.

“Kami terbuka untuk berbincang dan memohon maaf secara bersemuka memandangkan pihak kami mendapat tahu bahawa individu itu berada di Perlis. Sekiranya ada sebarang permintaan daripada individu itu, kami bersedia berikan kerjasama,” katanya.

Wakil itu juga memohon maaf kerana tidak menyedari emel dan kiriman mesej yang dihantar oleh individu itu ke akaun Facebook Zeel Production.

“Kami memang tak perasan emel yang dihantar. Begitu juga kiriman mesej yang dihantar menggunakan Facebook Messenger ke Facebook syarikat memandangkan kami tak berapa aktif di situ. Sekali lagi, saya mewakili Zeel Production memohon maaf,” katanya.

Terdahulu, individu itu menerusi Facebooknya meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat produksi itu yang didakwa menggunakan video-video rakaman drone olehnya tanpa kebenaran.

“Maaf cakap, produksi ini jugalah yang ‘ciplak’ video rakaman drone saya dan dimasukkan ke dalam cerita (drama) Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan di TV3 masa bulan Ramadan.

“Pada awalnya saya tak perasan sangat. Tapi, bila kerap layan (tonton) cerita itu dua ke tiga episod, baru saya perasan memang ada persamaan dengan video drone saya.

“Produksi ini sudah mencuri hasil video saya di saluran YouTube saya (dan) dengan senangnya mereka ‘crop’ ‘watermark’ di video itu,” tulisnya.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *