Kerajaan mula beri ‘booster dose’ kepada rakyat berumur 40 tahun ke atas, ini pesanan dari KJ

KEMENTERIAN Kesihatan telah mula memberikan suntikan penggalak (booster) kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas di bawah Program Imunisasi Cov1d-19 Kebangsaan, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata suntikan berkenaan akan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia yang layak, yang berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Mereka akan menerima janji temu melalui aplikasi MySejahtera mereka.

“Apabila anda menerima janji temu melalui aplikasi MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan booster dose (svntikan penggalak) anda.

“Ini akan meningkatkan imunisasi kita dan perlindungan kita terhadap jangkitan Cov1d-19,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan pada Rabu.

Sebelum ini, pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober lalu dengan menggunakan vaksin Comirnaty. – THE STAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *