“Bakal Nikah Bulan Ni” -Puteri Aishah Dedah Siapa Bakal Suami

Selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bulan ini, pelakon Puteri Aishah akhirnya mendedahkan wajah bakal suaminya.

Sebelum ini hanya berkongsikan gambar jejaka berkenaan dari belakang sahaja, Puteri Aishah ada memuat naik gambarnya bersama buah hati seperti gambar pra perkahwinan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial)

Menerusi gambar tersebut, pasangan itu mengenakan baju putih sedondon dan dapat dilihat wajah bahagia bakal pasangan pengantin itu.

Terdahulu, pelakon itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan berusia 28 tahun, bulan ini, selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.

Katanya lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah siap hampir 80 peratus, bagaimanapun tarikh majlis berkenaan belum didedahkan lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.