[VIDEO] “Kau Dah Kenapa Dik, Kau Tu Lelaki” -Gelagat Adik Sibuk Mahu Ikut Kakak Ke Sekolah

Kanak-kanak biasanya memang mudah terpengaruh dengan orang di sekeliling mereka terutamanya mereka yang masih kecil. Sama macam gelagat seorang kanak-kanak lelaki ini yang mahu mengikut kakaknya ke sekolah malah siap memakai tudung lagi untuk menirunya.

Bukan sahaja comel malah gelagatnya ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Malah rata-rata netizen turut tidak menyangka si adik sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki sehinggalah diberitahu oleh ibunya itu.

Video 1

Video 2

Di dalam video yang dikongsikan ini, si ibu berkongsikan gelagat anaknya yang sibuk mahu mengikut kakaknya ke sekolah. Turut dapat dilihat, dua kanak-kanak yang siap memakai tudung sambil bersiap untuk dihantarkan ke sekolah.

Menurut wanita itu, si adik sibuk mahu mengikut kakaknya ke sekolah dan siap memakai baju dan tudung yang sama seperti kakaknya itu. Namun sebenarnya, dia bukanlah seorang perempuan seperti kakaknya sekaligus membuatkan mereka berdekah melihatnya.

sekolah

Sekali pandang memang ramai yang tidak menyangka kanak-kanak itu adalah lelaki memandangkan raut wajahnya yang comel itu. Malah ramai yang turut memuji kecomelannya memakai tudung yang sama seperti kanak-kanak perempuan yang lain.

Di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki ini meniru kakaknya itu. Ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama seperti yang dilakukan kanak-kanak ini.

“Alahai comelnya dia.”

adik

“Dia nak jadi kembar kakak dia tu.”

kanak-kanak

“Ingatkan perempuan rupa-rupanya lelaki.”

komen

“Celaru identiti.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *