Kongsi Gambar Di Pelamin, Zulin Aziz Bertunang?

Kuala Lumpur: Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz menjelaskan dia dan kekasihnya, Farhan Norzaini belum lagi diikat dalam majlis pertunangan seperti diperkatakan peminat di laman sosial. 

Ia susulan Zulin memuat naik gambarnya bersama Farhan di pelamin persandingan adik kepada Farhan, semalam.

“Itu bukan majlis pertunangan kami atau apa. Itu adalah gambar pada majlis perkahwinan adik Farhan iaitu Fareez. Kami cuma bergambar sahaja dan meraikan hari bahagia kedua-dua pasangan pengantin,” katanya kepada Harian Metro. 

Zulin ketika dihubungi berkata, dia menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut dan rakan-rakan di Instagram. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

“Ramai ucapkan tahniah walaupun selepas saya muat naik gambar bersama pasangan pengantin,” katanya. 

Ditanya bilakah giliran dia dan Farhan untuk menamatkan zaman bujang, Zulin meminta agar semua pihak mendoakan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. 

“Bukan kami tak mahu percepatkan, cuma saya mohon semua doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *