“Jika tak suka sangat pun berilah satu..” -Juri Maharaja Lawak Mega Dikec4m, Did4kwa Pilih Kasih?

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ,37,menyifatkan tindakan juri tidak memberikan ‘Ha’ walau satu kepada peserta yang bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah keputusan sangat tidak patut dibuat.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menerusi hantaran di Instagram, menyelar tindakan berkenaan yang disifatkannya tidak adil buat peserta yang bertanding kerana bukan mudah mencari idea untuk dipertontonkan.

“Memang sangat tidak patut apabila dalam sejarah MLM tiada ‘Ha’ dalam persembahan padahal ada tiga atau empat ‘punchline’ di situ dan mengena. Saya lihat juri pun tergelak, tetapi tiada ‘Ha’.

“Jika tak suka sangat pun berilah satu ‘Ha’ tanda menghargai usaha mereka di atas pentas menghiburkan penonton. Nilailah mereka seadilnya dan letaklah mereka yang benar-benar layak di situ,” tulisnya.

Shahrol berkata apa yang menjadi keresahannya mengenai industri komedi tanah air sudah pernah diungkapkan dari awal pertandingan itu. Malah, apabila dia menonton insiden yang berlaku pada minggu kelima persaingan malam kelmarin, diakuinya amat menyedihkan.

“Timbul rasa sedih dan kasihan kepada sahabat-sahabat saya yang sedang bertanding. Saya pernah berada di situ dan sangat faham penat lelah mencari sebuah idea untuk dipertontonkan.

“Kadang-kadang sampai Subuh baru balik rumah, bersiap terus ke konti radio. ‘Stress’ bila idea ditolak bila ‘content check’. Pernah anak demam tapi isteri tak beritahu sebab taknak saya makin ‘stress’. Alhamdulillah isteri sangat memahami,” katanya.

Ujar Shahrol lagi, pada komen juri pula sepatutnya kalau dirasakan kurang mantap maka beritahulah kepada peserta bahagian mana yang kurang itu agar mereka boleh memperbaikinya untuk persembahan seterusnya nanti.

“Minggu ni kurang, saya nak tengok yang lebih baik minggu depan.” Kalau kurang beritahulah yang mana kurangnya supaya diperbetulkan. Macam orang bagi makanan tak sedap, beritahulah apa yang tak cukup sama ada gulanya ke atau garamnya barulah boleh diubah masakannya bagi sedap,” katanya.

Shahrol juga berkata dia tampil bersuara dengan satu niat untuk melihat industri komedi terus maju. Apatah lagi, persembahan peserta untuk pertandingan berprestij seperti MLM hanya dibuat setahun sekali untuk membuka pintu kepada pelawak berkarya.

Terdahulu, anggota kumpulan Taici iaitu Chiwan di Instagramnya meluahkan perasaan kesal terhadap tindakan juri yang tidak memberikan ‘Ha’ kepada mereka dalam persembahan di MLM 2021, malam Jumaat lalu.

“Maruah kami nak campak mana? Kami ibarat orang bodoh dekat atas pentas itu yang tak buat apa-apa ke? Ini tak masuk akal,” tulisnya.

Kegagalan Taici yang tidak menerima sebarang ‘Ha daripada juri, sekali gus menyebabkan mereka tersingkir dan secara tak langsung ia turut mencipta sejarah buat pertama kali tiada ‘Ha’ di pentas MLM.

Sehubungan itu, barisan juri di MLM 2021 terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan seorang juri misteri dikenali ‘Sang Bara’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.