Rendam Br4 D4lam Kari Ayam, Ilmu Pelaris Kedai Mak Munah Akhirnya Kantoi Busuk!

Baru hampir 2 minggu ditayangkan saluran Astro Ria, kini drama bersiri yang bergenre mistik iaitu ‘Sihir’ mula menambat hati penonton. Karya arahan Micheal Ang tersebut menampilkan Kamal Adli serta Hun Haqeem selaku teraju utama yang membawakan watak kembar dengan kebolehan berbeza.

Kebetulan kat sini memang nak pakai dua orang pekerja lelaki…Nak harapkan Pak Zaid sorang tak larat

Dalam drama itu, Nuh mempunyai kelebihan untuk mendapat bayangan masa depan melalui mimpi. Manakala Hud pula mampu melihat benda ghaub kerana ‘hijabnya’ terbuka. Menerusi episod 7 minggu lalu, Hud dan Nuh yang baru bekerja di warung Pak Zaid didatangi seorang ustaz.

Video

Ilmu pelaris, dalam episod ni Mak Munah masak kari ayam siap letak coli

Niat baik mereka untuk menjamu ustaz berkenaan dengan hidangan enak malah bertukar kejadian aneh. Tiba-tiba sahaja muncul ulat dalam masakan tersebut selepas dibacakan doa. Rupa-rupanya, Pak Zaid dan isterinya iaitu Mak Munah telah menggunakan ilmu pocong pelaris untuk warung tersebut. Lebih jijik lagi, wanita itu dipercayai merendam bra dalam kuah kari ayam sebagai ‘penyedap rasa’.

Video 2

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Tu kat belakang ustaz ada bungkus berdiri je lepas dia baca…Kalau baca ayat ni memang akan nampak ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui hampir muntah melihat sedutan drama berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga sempat berkongsi tentang doa yang digunakan untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://www.malaysiatimes.news/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *