[VIDEO] Serba salah ketuk anak dengan senduk, Zarina Zainuddin men4ngis menyesaI… doa minta Allah beri kekuatan

GARA-GARA bertindak kasar kepada anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil, pelakon Zarina Zainuddin menangis kesal atas tindakan luar kawalannya itu.

Sebak mengenangkan kejadian pada pagi Selasa, Zarina berkata dia berasa serba salah kerana memukul anaknya yang diketahui tidak mampu berfikir secara normal seperti remaja lain.

“Selepas saya bagi Azil makan, dia mengamuk… semasa itu saya tengah memasak rendang, tiba-tiba dia datang mengamuk, saya tengah berhadapan dengan benda panas tak sengaja terketuk dia dengan senduk.

“Saya sensitif sangat, Ya Allah kenapa aku ketuk dia. Saya sendiri terkejut… saya terfikir kenapa saya ketuk dia, saya menyesal Ya Allah.

“Apa yang buat saya sedih lagi hari ini… kawan rapat saya meninggal dunia semalam, macam tak percaya dengar khabar itu,” katanya.

zarina 3

Zarina berdoa minta beri kekuatan menjaga anak istimewa.

Dalam siaran langsung menerusi laman Instagram itu, Zarina dilihat menangis sebak kerana bertindak kasar dengan Azil yang kini berusia 25 tahun.

Kesal dengan apa yang berlaku, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini supaya banyakkan bersabar berdepan kerenah mereka.

Ibu ayah yang ada anak macam ni memang kena banyak sabar, sabar, selalulah berdoa dekat Allah kuatkan kita.

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

Malah, dia sendiri mengakui tidak berhenti berdoa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai ibu.

“Sabarkanlah aku Ya Allah, kuatkan la aku sebab kalau kita tak sabar yang jadi mangsa anak tak berdosa, (dia) tak tahu cakap, tak tahu apa-apa… tak tahu nak explain nak minta apa.

TONTON VIDEO LIVE ZARINA INI!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Ibu ayah yang ada anak macam ni memang kena banyak sabar, sabar, selalulah berdoa dekat Allah kuatkan kita… bagi kesabaran yang tinggi sebab kita menguruskan anak begini bukan senang, kalau kita silap, kita berdosa sebab dia orang tak tahu apa-apa.

“Biarlah kalau dia nak buat saya tak apa, saya bagi kepala saya, ketuklah buat lah apa-apa… sebab dia selalu pukul diri dia, saya tak sanggup tengok,” ujarnya.

Selain Azil, Zarina juga memiliki seorang lagi anak lelaki yang merupakan kembar Azil iaitu Azal juga penghidap autisme.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.