“Begitu Banyak Tek4nan” – Ikon Hijabi Hana Tajima Umum Tidak Lagi Bertudung

Suatu ketika dahulu, nama Hana Tajima telah mencetuskan fenomena dengan menggayakan pemakaian hijab dengan caranya tersendiri sehingga menjadi ikutan para gadis.

Tidak Mudah Berhijab Di Negara Berstigma 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hana Tajima (@hntaj)

Terbaru, ikon hijabista ini trending di media sosial berikutan pendedahan yang mengejutkan ramai peminatnya. Menerusi sebuah kenyataan yang dimuatnaik Hana di Instagram baru-baru ini, dia akui merasa tekanan untuk bertudung seperti mana dirasai oleh beberapa model seangkatannya. Ini kerana tidak mudah untuk menggayakan sedemikian apatah lagi berada di sebuah negara yang mempunyai stigma terhadap wanita yang bertudung.

Akui Tidak Lagi Tutup Keseluruhan Rambut 

Dedahnya lagi, apa yang dilihat oleh netizen kini adalah penampilan terbaharunya yang memperlihatkan dirinya tidak lagi menutup keseluruhan rambut selain menunjukkan telinga dan lehernya yang merupakan aurat bagi kaum wanita.

“Jadi ini adalah saya. Ini adalah perkara yang sukar untuk dikatakan, dan saya telah berulang kali memikirkan cara terbaik untuk menerangkannya, tetapi izinkan saya menjelaskan segalanya yang terbuku. Apabila saya menutup rambut saya, saya tidak akan selalu menutup telinga atau leher. Saya tidak selalu menutup rambut saya. Saya tidak selalu menutup rambut saya sepenuhnya

“Mencari keseimbangan saya dengan hijab bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi saya fikirkan tentang hal itu dengan terlalu mendalam

“Saya boleh faham kenapa model hijabi di media sosial memutuskan untuk berhenti bertudung. Kamu mengundang begitu banyak tekanan. Kesempurnaan yang sentiasa diteliti. Sehinggakan kamu boleh bertanya, ‘Adakah saya hanya melakukan ini untuk memastikan orang lain gembira?’ Ia tidak mudah.

“Lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung. Begitupun saya sukakan selendang saya, dan saya sedang belajar untuk menyukainya sekarang kerana ia bukan lagi kostum atau sebahagian daripada identiti luaran, dan lebih merupakan sebahagian daripada diri saya,” dedah Hana

Bertudung Bukan Kayu Pengukur Keperibadian Seseorang 

Dalam hantaran yang sama, Hana turut berkata pemakaian hijab bukan sebagai kayu pengukur untuk menentukan keperibadian seseorang orang namun dalam masa yang sama tidak menolak wanita muslim yang memakai tudung akan lebih mendapat tumpuan.

“saya sangat percaya bahawa menjadi Muslim,dengan memakai tudung akan mendapat lebih tumpuan daripada yang sepatutnya. Orang melakukan perkara yang baik, dan perkara yang buruk, tetapi dengan memakai penutup kepala(hijab) sahaja tidak memberitahu anda nilai watak seseorang.

“Oleh itu, sila fikirkan perkara itu dengan ikhlas sebelum anda menaip atau memberitahu seseorang tentang penampilan mereka. Kami benar-benar tidak memerlukan lebih banyak cara untuk mengawasi cara penampilan seorang wanita.

“Dalam penulisan ini saya memilih untuk menerima diri saya seadanya, menerima ‘kawasan yang malap’, dan percanggahan yang menjadikan kita manusia. Untuk mengetahui bahawa saya masih boleh melakukan yang lebih baik, tetapi untuk mengalihkan tumpuan saya sebagai tudung merupakan ukuran untuk menjadi ‘lebih baik’.

“Bukan itu sahaja yang perlu dikatakan, tetapi ia adalah satu permulaan” katanya lagi

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya dari pelbagai seantero dunia memberikan kata-kata semangat buat Hana dan mengharapkan agar dia terus dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://murai.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *