[VIDEO] Adik Beradik G4duh Main Badminton, Sekali Terpukul Kepala Terus Gelak Besar

Dalam hubungan antara adik beradik, tentunya bergaduh sesama sendiri itu adalah lumrah biasa yang selalu dihadapi. Sama juga macam situasi yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat mereka adik beradik yang sempat bergaduh semasa bermain badminton bersama-sama.

Bukan sahaja bergaduh malah berlaku pula satu kejadian melucukan pada penghujung video sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan gadis itu bersama adik beradik yang lain sedang bermain badminton di dewan sukan itu. Tidak lama kemudian, gadis itu mula memarahi adik lelakinya yang menjadi rakan sepasukannya gara-gara tidak bermain dengan baik.

Malah dia turut memarahi aksinya yang tidak membantu pasukan mereka dalam permainan badminton itu. Gadis itu kemudian kembali menyambung semula permainan namun berlaku pula satu kejadian melucukan yang lain.

adik beradik

Dia telah secara tidak sengaja memukul bulu tangkis itu tepat ke arah kepala adiknya itu sekaligus membuatkan mereka berdekah dibuatnya. Ianya juga turut kelihatan seperti gadis itu seolah-olah ingin membalas dendam walaupun ia sebenarnya tidak disengajakan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat nasib yang dialami lelaki itu. Sehinggakan ada yang berseloroh mungkin juga gadis itu sengaja mahu melepaskan kemarahannya pada adiknya itu.

“Marah betul ni hahaha.”

badminton

“Dia buat busy ke hulu ke hilir. Last sekali kena lastik.”

adik beradik

“Bila member dah geram sangat…”

komen

“Memang nampak betul dia tak function.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *