[VIDEO] “Kasih Sayang Mama Tiada Beza…”- Disangka Ibu Susuan, Penjaga Ikhlas Jaga Baby Ayash Macam Anak Sendiri

Keluarga pelawak Shuib kembali menjadi sorotan ramai susulan mengadakan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan yang kini berusia 3 bulan. 

Malah potret yang disunting seolah-olah bayi comel tersebut senyum kepada ibunya tatkala dipangku Shuib nyata mervntun jiwa ramai.

VIDEO 1 :

Antara yang turut mencuri tumpuan adalah perkongsian daripada penjaga Ayash Affan. Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok miliknya, Linda Omar akui lidahnya terkelu mengenangkan bayi tersebut tanpa kehadiran bonda tercinta di sisi.

Bukan sahaja sudah menganggap Ayash macam anaknya sendiri, malah dia mahu berkongsi kasih sayang seperti mana mungkin dilakukan Allahyarhamah jika masih hidup lagi.

VIDEO 2:

Kakak ipar kepada Siti Sarah ini turut berkata bahawa dirinya tidak pernah bezakan kasih sayang antara anak susuan dengan anak kandung. Justeru itu, Linda Omar berharap semua pihak doakannya agar dapat menjaga Ayash Affan dengan sebaik mungkin.

VIDEO 3 :

Rata-rata netizen ‘cemburu’ Linda Omar berpeluang mengasuh bayi kesayangan seluruh rakyat Malaysia tersebut. Namun sebelum ini dirinya pernah menjelaskan bertindak sebagai penjaga saja, bukannya ibu susuan Ayash Affan seperti disangka ramai di ruangan komen.

Sumber : TikTok meknda_ganu & shuibsepahtu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mymetro.kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *