“Bercinta Dgn Orang Lain, Nikah Dgn Orang Lain” – Hanya Buat Yang Afdhal, Jasmin Hamid Umum Dah Kahwin

Selain Haqiem Rusli, pelakon, Jasmin Hamid turut mendirikan rumah tangga hari ini bersama pilihan hatinya. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Jasmin Hamid menerusi akaun Instagramnya.

Hanya buat yang afdhal sahaja

Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain. Nikah dengan orang lain. Sebagai seorang hambaNya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, m4ut dan rezeki adalah rahsia Allah.

Menurut Jasmin Hamid, sebagai seorang yang beragama Islam dia percaya bahawa jodoh, m4ut dan rezeki setiap manusia adalah rahsia Allah. Oleh itu, dia berharap pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk mereka berdua lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT.

Tambah Jasmin Hamid, ianya juga berkat doa ibu-bapa, sanak saudara, sahabat handai dan peminat yang sentiasa menyokong dirinya. 

Ujar Jasmin lagi, dia hanya membuat perkara yang afdhal sahaja dan tidak melakukan majlis secara besar-besaran. Oleh itu, dia memohon kepada semua dan berharap tidak ada siapa pun yang berkecil hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis perkahwinannya itu.

“Saya hanya buat yang AFDHAL sahaja. Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja.”

Tahniah kakak!

 

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan ucapan tahniah buat Jasmin Hamid dan pasangannya. Mereka mendoakan hubungan pasangan tersebut kekal sehingga jannah dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Sebelum ini, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008.

 Walaupun tidak berkongsi lanjut mengenai statusnya selepas itu, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya. 

Jasmin dipercayai mengambil dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Lukhman sejak usianya 20 tahun lagi. Manakala, Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.