“Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Haqiem Rusli Kongsi Suasana Majlis Nikah

Penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, hari ini menzahirkan ucapan maaf jika ada mana-mana kenalan yang tidak menerima jemputan menghadiri hari bahagianya.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia terpaksa menghadkan jumlah jemputan atas faktor semasa.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Mimpi itu menerusi satu status di Insta Story.

 

“SAYA NAK MINTA MAAF JIKA ADA RAKAN2 YANG TAK DAPAT SAYA JEMPUT UNTUK MAJLIS ESOK, ATAS SEBAB JEMPUTAN KAMI SANGAT TERHAD DAN SOP YANG SANGAT KETAT.

“THATS WHY KAMI TAK DAPAT JEMPUT SEMUA DAN KAMI LEBIHKAN KELUARGA DAN SEDARA MARA. TERIMA KASIH, DOA KAN YANG BAIK2 SAHAJA,” tulisnya.

Sementara itu menerusi platform sama, Haqiem turut berkongsi persiapan akhir majlis perkahwinannya yang didominasi dengan serba putih.

 

Terdahulu, bintang ini mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular Ke-34 (ABP34).

Pada malam tersebut, Haqiem turut menerima trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi bagi edisi ini.

 

Dalam pada itu Haqiem berkata pada hari bahagiannya itu juga, dia bakal melancarkan sebuah lagu istimewa.

Haqiem sebelum ini pernah berkongsi hasratnya untuk mendirikan rumah tangga menerusi sesi Instagram live, Mei lalu.

Bagaimanapun setakat ini, Haqiem masih belum mendedahkan identiti bakal suri hatinya kepada umum.

Foto: Instagram Haqiem Rusli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.