Akhirnya rindu terubat… S4yu saat video call bersama ‘kembar’ arwah abang, sekeluarga terkedu pertama kali dengar suara….

“BILA Abang Syahir beri salam, semua terkedu!”

Demikian kata Norizh Zaidi ketika bercerita mengenai perbualan keluarganya dengan bekas tekong sepak takraw kebangsaan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, menerusi panggilan video (video call) pada petang Jumaat.

Kisah Norizh yang berhasrat mahu mempertemukan keluarganya dengan Mohammad Syahir kerana atlet itu mempunyai wajah seiras dengan arwah abangnya, Muhammad Idiaz Zaidi, menjadi tular di media sosial selepas dia memuat naik video di TikTok.

Dengan bantuan kuasa viral, kisah Norizh mendapat perhatian Mohammad Syahir lantas dia meluangkan masanya untuk menghubungi keluarga wanita berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita dengan mStar, Norizh berkata panggilan video menerusi aplikasi Whatsapp dan sesi ‘live’ di Instagram itu berlangsung kira-kira 40 minit dengan disertai oleh seluruh ahli keluarganya.

“Semua yang ada terkedu apabila pertama kali dengar suara Abang Syahir. Iyalah, rindu sangat selepas dah tujuh tahun tak jumpa arwah abang. Suara mereka seakan sama tapi Abang Syahir ada loghat utara sebab dia berasal dari sana.

“Bukan saja ibu, tapi makcik saya yang rapat dengan arwah abang pun sebak dan menangis bila dengar suara Abang Syahir. Boleh kata 15 minit pertama, penuh dengan esak tangis.

1

Norizh akhirnya bertemu dengan ‘kembar’ arwah abangnya yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.

“Menangis sebab rindu dan terharu. Ibu banyak bercerita pasal arwah, kenalkan adik-adik saya kepada Abang Syahir. Ibu suruh Abang Syahir panggilnya dengan panggilan Mama Ida, tapi dia tanya, ‘nak panggil mama boleh?’. Lagilah ibu terharu.

“Ayah saya pun dia minta nak panggil ‘ayah’. Abang Syahir kata bila tengok ayah, dia teringat kepada arwah bapanya yang sudah meninggal dunia,” kata wanita berusia 24 tahun ini.

2

Suntingan yang dilakukan oleh Norizh untuk membandingkan persamaan antara arwah abangnya dengan Mohammad Syahir.

Abang sulung Norizh, Muhammad Idiaz Zaidi, meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berusia 18 tahun kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Tragedi tersebut benar-benar membuatkan keluarga Norizh terkesan kerana arwah ‘pergi’ dengan mengejut ketika di usia muda.

Sehinggalah lima tahun selepas tragedi berkenaan, Norizh kali pertama terlihat wajah Mohammad Syahir di kaca televisyen yang mempunyai iras seperti arwah abangnya.

Boleh kata 15 minit pertama, penuh dengan esak tangis.

NORIZH ZAIDI

Usaha untuk menghubungi Mohammad Syahir menerusi mesej di media sosial tidak berhasil sehinggalah dia memuat naik video di TikTok dan menjadi tular, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Norizh yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, sesi live di Instagram tersebut turut disertai oleh pengikutnya dan juga rakan-rakan arwah abangnya.

“Ada kawan-kawan arwah turut cakap terima kasih kepada Abang Syahir sebab gembirakan ibu kami. Abang Syahir pun tak sangka orang yang kami rindu, sama macam wajahnya. Dia kata kalau ibu rindu dan nak berbual, call saja bila-bila masa.

3

Hubungan Norizh dengan arwah abangnya begitu akrab kerana hanya berbeza setahun.

“Alhamdulillah, lepas juga hajat nak buat ibu gembira. Selepas letak panggilan tu, ibu kata happy sangat sebab dapat bercakap dengan Abang Syahir.

“Manager Abang Syahir kata dia akan aturkan satu pertemuan pula nanti, InsyaAllah. Tapi tak tahu bila lagi. Dapat buat videocall ni pun dah seronok.

“Terima kasih Abang Syahir sebab luangkan masa hubungi keluarga kami,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.