“Eat..You Want??” -Tak Kecil Hati, Wanita Ded4h Ramai ‘Tryhard’ Cakap English Dengannya Sedangkan Dia Berbahasa Melayu

PERJALANAN gadis berdarah kacukan Malaysia – Afrika ini tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Aya Amiruddin, ramai yang keliru dengan identiti asalnya, namun dia tidak pernah berkecil hati dengan situasi itu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Aya turut mendedahkan kisahnya yang dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi.

“Sebenarnya ibu kandung saya orang Melayu, bapa saya pula orang Afrika dari Nigeria. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi.

“Dari kecil saya dah hadap macam-macam pertanyaan. Pergi ke mana-mana, orang akan tanya. Sesiapa yang pertama kali jumpa saya, mereka pasti akan bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka tak tahu yang saya boleh cakap Melayu,” ujar gadis berusia 24 tahun itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengimbas zaman persekolahannya, Aya bersyukur apabila dikelilingi rakan yang baik dan tidak pernah menyisihkan kehadirannya.

Jelas Aya, dia turut berhadapan dengan kata-kata negatif, namun hal itu tidak pernah membuatkan dia patah semangat untuk meneruskan persekolahan.

03 aya

Aya dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dia kecil lagi.

“Saya bersyukur, rezeki saya ada ramai kawan yang baik. Saya tak pernah rasa tersisih.

“Kawan sekolah saya dah biasa, cuma bila ada perlawanan sukan dan pergi ke sekolah lain, mereka akan rasa pelik tengok saya. Dulu saya aktif main lontar peluru.

Saya terkejut ramai orang terima saya seadanya. Saya ni jenis kasar sikit, tak semua orang boleh ‘masuk’ dengan saya.

AYA

“Bila pergi ke sekolah lain, ada yang panggil saya hitam, gemuk, ada juga yang kata saya adik penyanyi rap Sean Kingston. Tapi nasib baik tiada pengalaman yang melampau.

“Saya memang jenis tak kisah. Arwah ayah angkat saya dah ajar supaya jadi kuat,” ujarnya yang kini menetap di Bukit Bintang di ibu negara.

Dalam pada itu, Aya yang baru dua hari menyertai TikTok terkejut apabila mengumpul 40,000 pengikut dalam tempoh singkat.

Jelas Aya, ramai netizen di TikTok turut bertanya mengenai asal-usulnya, malah ada yang terkejut melihat video dia bertutur dalam bahasa Melayu.

“Dulu saya tak yakin nak buat video. Saya tiada apa-apa, orang lain ada wajah cantik. Tapi kawan-kawan kata saya kelakar. Jadi saya cuba saja.

“Mula-mula saya buat video di Instagram, kemudian baru saya cuba di TikTok. Alhamdulillah, 98 peratus semua komen baik-baik.

02 aya

Aya terharu dengan sokongan yang diterima di media sosial.

“Saya bagaikan hilang kata-kata. Saya terkejut ramai orang terima saya seadanya. Saya ni jenis kasar sikit, tak semua orang boleh ‘masuk’ dengan saya. Tak sangka sokongan macam ni sekali saya dapat,” ujarnya.

Mengenai dirinya, Aya sebelum ini berniaga produk kecantikan, namun tampil dengan jenama sendiri sejak Jun lalu.

Dedah Aya, penangan viral turut membuka rezeki apabila dia tak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang hadir dari aplikasi TikTok.

“Dulu saya jual produk orang. Kemudian saya ambil keputusan untuk jual produk sendiri bermula Jun lalu.

“Sejak viral, orang tak berhenti mesej tanya mengenai produk kecantikan yang saya jual. Sampai tak menang tangan.

“Saya bersyukur dengan rezeki ini. Hanya Allah saja boleh balas jasa anda semua,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.