“Mulut keluar d4rah, Iendir bvsuk dan hilang ingatan” -Akhirnya m1steri ‘kehiIangan’ Mawi terungkai

PERNAH ‘hilang’ sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan dia ketika itu mengalami peny4kit mist3ri.

Berkongsi pengalaman itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata, darah keluar dari mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa.

Tambahnya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang peny4kit.

“Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah d4rah tapi ingatkan gusi berdarah, tapi bila kumur saja keluar darah.

“Bila baring, tiba-tiba rasa tekak ada benda mengalir, pergi toilet untuk buang air dan waktu itu d4rah makin lama makin banyak. Saya tak boleh nak baring dan tidur duduk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wartawan Hiburan Malaysia (@wartawanhiburan)

“Tapi tak boleh nak tidur sebab d4rah dah mengalir dalam perut. Pagi itu pergi hospital tapi doktor tak dapat nak kesan apa-apa,” katanya.

Perkongsian Mawi itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Khamis.

Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris.

Sesi tersebut turut disertai pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang dijemput oleh moderator selepas setengah jam siaran berlangsung.

Masa gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah d4rah tapi ingatkan gusi berd4rah, bila kumur saja keluar d4rah.

MAWI

PENYANYI & PENGARAH

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasi musim ketiga ini memberitahu dia juga mengalami kejadian m1steri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.

“Hari yang sama selepas Asar, benda itu keluar lagi dan saya rasa m4ti sekejap dan selepas itu saya rasa ada benda masuk dalam kepala saya balik.

“Mata saya terbuka… saya tak kenal pun siapa di keliling saya. Ada seorang perempuan men4ngis sambil pegang saya. Masa itu saya terfikir siapa perempuan ini.

“Bidadari ke? Rupa-rupanya isteri saya men4ngis. Waktu itu saya hilang ingatan kejap tak kenal isteri dan anak. Ambil masa sikit dalam 15 minit hingga setengah jam,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9.

Mawi 1

Mawi bersama isterinya, Ekin dan anak mereka, Cahaya yang kini berusia lapan tahun.

Sementara itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini mengakui kejadian misteri itu turut menjejaskan kesihatan dalaman apabila dia mula menerima banyak ‘g4ngguan’.

“Dalaman dig4nggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava, lend1r keluar. Penuh satu badan. Berb4u pula tu… bvsuk,” katanya.

Untuk rekod, Mawi pernah mendapat gelaran gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS selepas menjuarai program realiti pada 2005.

Fenomena Mawi berterusan apabila dia dijulang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, sekali gus menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.