Rombongan merisik Fadzil Zahari pernah ditolak Yana Samsuddin

Kuala Lumpur: Pelakon, Yana Samsuddin mengimbas kembali nostalgia mendirikan rumah tangga dengan sahabat baiknya, Fadzil Zahari yang dahulunya sering menyokong perjalanan kerjaya seninya.

Yana berkata, suaminya itu menyimpan perasaan sudah lama, tetapi Yana ingin melunaskan beberapa impian dan tanggungjawab terhadap keluarga sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya tahu Fadzil sebenarnya sudah lama sukakan saya, malah dia juga pernah menghantar rombongan merisik ke Johor ketika itu, namun ditolak secara baik. Bukan apa, banyak perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Saya ingin membeli rumah buat keluarga terlebih dulu, malah tidak ralat walaupun hanya memakai kereta Perodua Kelisa ketika itu. Biarlah orang lain menukar kereta dan sebagainya, saya setia dengan kereta lama kerana banyak yang saya impikan pada masa itu.

“Alhamdulillah, selepas semuanya terlaksana, saya bersedia untuk memikirkan mengenai diri sendiri pada usia 30 tahun. Saya bersyukur walau apa jua cabaran dan rintangan, Fadzil sentiasa berada di sisi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Yana berkongsi kisah cintanya bersama suami ketika menyertai sesi Instagram Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) malam tadi.

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, wanita kelahiran Yong Peng, Johor itu mengakui lebih selesa bergerak di belakang tabir sebagai pengarah, namun rezeki Yana nampaknya lebih memihak sebagai pelakon.

“Saya bermula sebagai penyanyi untuk lagu filem Mami Jarum ketika berusia 17 tahun. Kemudian saya bekerja di Metrowealth International Group (MIG) di bahagian suntingan dan di situlah bermula segalanya,” katanya.

Yana muncul sebagai pengarah filem termuda pada usia 23 tahun ketika mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta lakonan Fazura dan Pierre Andre pada 2008.

“Filem itu mencatat kutipan hampir RM1 juta yang boleh dikatakan cukup baik ketika itu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.