Wanita Ini Satu-Satunya Rakyat Malaysia Daripada 43 Orang Di Dunia Miliki ‘D4rah Emas’ – ‘You Are The Special One Sis’

Golongan darah Rh-null atau ‘The Golden Blood’ adalah satu kumpulan darah yang sangat unik dan paling sukar ditemui di dunia. Boleh dikatakan, hanya 1 daripada 6 juta orang sahaja yang memiliki kumpulan darah ‘The Golden Blood’ ini.

The Golden Blood

Seorang wanita di Terengganu merupakan satu-satunya rakyat Malaysia daripada 43 individu di seluruh muka bumi ini yang memiliki darah unik jenis Rhnull atau lebih dikenali sebagai The Golden Blood. Fakta menarik itu dikongsikan oleh satu laman Facebook Derma Darah Terengganu.

Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia. Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut. Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini.

Difahamkan, darah yang didermakan wanita ini akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Darah tersebut akan disejuk bekukan terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam peti nitrogen dengan suhu serendah -80 darjah celcius selama 10 tahun.

Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan. You are the special one, sis! Tidak kira apa jua kumpulan darah anda, you are always somebody type. Darah anda boleh membantu selamatkan nyawa insan lain. Jom derma darah.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan darah ini hanya dimiliki oleh kurang daripada 50 orang dalam 50 tahun terakhir. Hanya sembilan orang penderma aktif darah yang direkodkan. Meskipun individu yang memiliki darah Rh-null ini boleh menjadi penderma, namun kesukaran untuk menemui seseorang dengan kumpulan darah ini menjadikan jenis darah ini paling berharga di dunia sekaligus dinamakan sebagai ‘darah emas’.

Respon netizen

Sumber: Derma Darah Terengganu, Medicinenet

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.