“Biarpun Saya Cium Mulut, Tidur, Peluk…” -9 Hari Bert4rung Cov1d-19, Ini Keadaan Terkini Cik B

Pengasas kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi berita gembira apabila anaknya Cik B telah pun pulih daripada j4ngkitan Cov1d-19.

Menurut Vida, status kesihatan anak perempuannya itu disahkan pulih selepas doktor melakukan ujian swab, kelmarin.

“Alhamdulillah, Cik B sangat bertuah kerana ramai mendoakan dia, bagi petua dan cara untuk tangani Cov1d-19.

“Malah, berkat permantauan doktor yang datang ke rumah, Cik B akhirnya bebas Cov1d-19 kelmarin,” katanya.

Jelasnya, dia akui kejadian sebegitu sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma terhadapnya.

“Sebagai ibu saya sangat trauma. Tapi Alhamdulillah Cik B tidak ditempatkan di pusat kuarantin kerana mengalami masalah pernafasan ke apa.

“Saya bersyukur Cik B jaga diri, jaga makan dan ubat.

“Ini pengalaman pertama saya dan melalui fasa itu, saya sebolehnya buat Cik B gembira. Tiga kali sehari saya video call Cik B, buat live dengan dia,” katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur apabila tidak dijangkiti virus berkenaan biarpun sangat rapat dengan Cik B.

“Bila dapat tahu Cik B positif, saya terkejut. Eh bukan saya minum air bekas Cik B ke semalam.

“Saya jadi contact rapat dia sebab cium mulut, minum makan bekas sekali, peluk, tidur. Tapi Alhamdulillah Tuhan lindungi saya,” katanya yang telah pun lengkap dua dos vaksinasi.

Sekadar info, Cik B atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mengesahkan dirinya positif COV1D-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya pada 19 November lalu.
Pun begitu, Cik B memberitahu, keadaan dirinya baik sahaja, cuma hilang deria bau.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *