“Kecik-Kecik Dah Kena Paksa Pergi School..” -Dikec4m Hantar Anak Ke Playschool, Ini Penjelasan Elfira Loy

Pelakon, Elfira Loy tampil bersuara selepas mendapat kiriman mesej dari netizen yang berasa kasihan dengan anaknya Rayyan Khalaf, 2 tahun,  yang dianggap terlalu awal untuk dihantar ke sekolah tidak formal (playschool)

“Ala tiannye..Kecik-kecik lagi dah kene paksa pegi school. Waktu umur macamni budak selalu nak manja-manja dengan mak dia kalau mak tak bekerja duduk rumah.”-tulis netizen tersebut

Bantu Kembangkan Kemahiran Motor & Sosial Kanak-Kanak

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @elfiraloy

Menerusi perkongsian di Insta Stories, Elfira menjelaskan dengan menghantar kanak-kanak ke sekolah seumpama itu ia akan membantu untuk mengembangkan kemahiran motor dan kemahiran sosial mereka.

“Menghantar kanak-kanak ke playschool akan membantu mereka mengembangkan kemahiran motor mereka. Mereka juga boleh mengembangkan kemahiran sosial & harian mereka.

Memang ada studies tunjuk perbezaan kanak-kanak yang aktif selalu play, buat montessori ni dengan yang tak kurang melakukan aktiviti yang merangsang their motor skills”- jelas Elfira

 

Tambah Elfira,dia  turut memberitahu bahawa tidak mengapa sekiranya ibubapa  masih belum bersedia untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana aktiviti masih boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah.

“Tetapi jika anda tidak bersedia untuk menghantar anak-anak anda ianya tidak mengapa. Anda boleh sentiasa melakukan aktiviti dengan anak-anak anda di rumah.

Jika anda tahu bagaimana dan anda mempunyai masa.”- katanya lagi

Terganggu Dengan Stigma Ibubapa

Bagaimanapun, Elfira akui mahu mengabaikan mesej-mesej yang dihantar kepadanya berikutan rasa terganggu dengan stigma sesetengah ibubapa.

As much as i wanna ignore these kind of messages, saya masih rasa tenganggu juga & kena explain kepada stigma setengah parents yang ‘apahal lah hantar anak-anak awal kar sekolah tak kesian ke’.

Ni Playschool. Bukan belajar math darab bahagi tolak”- jelas Elfira

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.