“Shuib keluarga saya, tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu t1pu”

Kuala Lumpur: Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mengakui tiada istilah segan wujud di antara dia dengan Shuib.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, mereka selaku keluarga saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memandang status.

 

“Terkejut saya baca mesej ini. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu t1pu ke sebab Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya dan saya jaga sejak lahir,” tulisnya.

Makde memberikan reaksi terhadap satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen yang mendakwa Shuib kelihatan segan dengan dirinya yang juga ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Makde yang kini menguruskan perniagaan Loveta milik Siti Sarah, hubungan dia dengan Shuib sudah mula rapat sejak awal perkenalan Shuib dengan Siti Sarah kira-kira 12 tahun lalu.

“Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya, tapi sebenarnya kami saling menghormati.

“Lagipun masa arwh Sarah bercinta dengan Shuib dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib, saya ada masa itu temankan arwh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

“Bukan malu bukan segan tapi saya hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin Insya Allah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian semua,” katanya.

 

Terdahulu, seorang individu menghantar Direct Massage (DM) di akaun Instagram Fatimah dan mendakwa Shuib kelihatan segan setiap kali berada bersamanya.

“Assalam makder, ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story makder sebelum ini, saya tengok Shuib macam segan sikit dengan makder, semoga bermanfaat,” tulis individu tersebut.

DM itu juga turut disertakan dengan sepotong artikel berkaitan dengan hukum hakam antara mentua tiri dan menantu lelaki.

Komen Netizen:

 

SUMBER: Metro online/ Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://trendinggiler.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *