Alhamdullilah, KWSP Beritahu Duit iCitra Masuk Awal Bermula Tarikh Ini

Petaling Jaya – l-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan PKP dalam jangka masa pendek. Seramai 12.6 J.uta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini.

Terdahulu KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari bagi pengeluaran akaun 2 KWSP dan juga i-Sinar bagi pengeluaran akaun 2 KWSP. Bagi i-Citra ini pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi untuk membuat pengeluaran seperti pautan yang dikongsikan di bawah mulai 12 Julai 2021. Kadar pengeluaran dan kaedah bayaran juga akan dinyatakan lanjut. Bayaran Pertama pula dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Pembayaran I-Citra

Pembayaran i-Citra setiap bulan sangat dinantikan oleh para penerima. Walau bagaimanapun, Disember merupakan bulan terakhir pembayaran akan dibuat setelah 5 bulan dilaksanakan. Setakat ini, tiada khabar bahawa kemudahan i-Citra ini akan disambung.

Setelah pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar tamat, kini bakal menjadi giliran i-Citra pula. Diharapkan k.erajaan mendengar keluhan rakyat yang sangat berharap agar i-Citra diteruskan untuk tahun hadapan demi kelangsungan rakyat atau pencarum.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu amat dituntut oleh rakyat Malaysia pada ketika ini.

Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM 10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat, katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat, jelas beliau.

Pembayaran RM 1,000 atau lain-lain mampu meringankan beban para penerima untuk membeli keperluan asas setiap bulan. Ia sangat membantu rakyat lebih-lebih lagi mereka yang tiada sumber pendapatan.

TARIKH BAYARAN i-CITRA

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai tarikh rasmi pembayaran Disember tetapi menerusi satu komen dari netizen ini jawapan dari pihak media sosial mereka.

Untuk pengetahuan bersama, pembayaran adalah secara berperingkat maka kemungkinan besar pembayaran anda akan lewat beberapa hari.

Kredit : OM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber:https://kisahbena.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.