Maryam Dikec4m Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Sekali Ernie Zakri ‘Basuh’ Semua Makcik Bawang

Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae dari DurianKimchi tidak asing lagi di platform media sosial. Pada 21 Oktober lalu, Ryzal dan Maryam bergelar ibu bapa selepas dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.

Mak cik bawang ‘s3rang’

Baru-baru ini, Ryzal memohon kepada segelintir individu agar tldak memaksa Maryam menerima budaya yang bukan miliknya. Tegasnya, Maryam hanya mengubah agama bukan mengubah budaya.

Tetapi nampak gayanya peringatan Ryzal tidak menjadi apabila Maryam ‘diserang’ makcik bawang gara-gara keluar bersiar di luar rumah sewaktu tempoh berpantang.

Menerusi akaun Facebook, Ryzal ada memuat naik foto bersama Maryam dengan pakaian riadah beserta kapsyen; ‘Hari ini target tk jauh, kita cuba dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi.’

Foto tersebut telah mengundang makcik bawang untuk meninggalkan komen panjang lebar.

Mana boleh dipksa adat kita

Hantaran itu telah dikongsikan semula di laman Twitter oleh seorang pengguna iaitu @yourmakhijau. Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri dilihat turut sama ulas mengenai isu berpantang.

Kata isteri kepada penyanyi Syamel, Maryam tldak harus dipksa mengikut budaya Melayu memandangkan dia berasal dari negara Korea. Bagi pelantun lagu Ku Bersuara, penjagaan diri terserah pada tuan badan untuk menjaganya, apa yang penting adalah mempunyai tubuh badan yang sihat.

Tapi.. dia kan Korean. Mana boleh dipksa adat kita. Yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri insha-Allah.

Rata-rata peminat Ernie juga bersetuju apa yang diperkatakan.

Sumber  : ohbulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://transformasi.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.