“Isteri Dah Nak BersaIin..” -Ikmal Amry Sed1h Terpaksa Berjauhan Dengan Isteri

Pelakon Ikmal Amry terpaksa menenangkan isterinya, Najla Shamsul yang kini menanti hari untuk bersalin selepas terpaksa berjauhan selama sebulan kerana menjalani penggambaran filem. 

Ikmal berkata, sebelum menerima tawaran sebuah filem di Pulau Langkawi, Kedah dia terlebih dahulu meminta kebenaran dan restu isterinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Saya terpaksa pujuk Najla supaya dia beri saya keizinan dan mengikhlaskan saya untuk bekerja. Saya tahu pada waktu sekarang ini Najla amat memerlukan saya di sisi kerana  dia dijangka bersalin hujung bulan ini.

“Saya cuba tenangkan dia dengan beritahu saya buat semua ini untuk anak selain tawaran ini adalah rezeki. Alhamdulillah, dia terima dan reda dengan kerja saya. Insys-Allah saya juga dalam perancangn untuk membawanya ke Pulau Langkawi selama beberapa hari supaya kami dapat luangkan waktu bersama dan pulang bersama keluarganya apabila tarikh bersalin semakin dekat,” katanya.

Menurut Ikmal, sebagai suami dia cuba memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada isterinya walaupun terpaksa berjauhan ketika ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Jujur saya sangat sedih, apatah lagi ini adalah kelahiran pertama dan emosi wanita hamil ini ada ketika tidak stabil. Saya tahu dia perlukan saya dalam waktu sekarang, cuma apa yang mampu saya lakukan adalah saya akan hubungi dan mesej dia setiap hari.

“Malah sebelum tidur kami akan buat panggilan video. Pernah juga kami buat panggilan video dari malam sehingga keesokkan harinya  kerana dia tidak boleh tidur. Bagi saya ini adalah cara untuk pastikan yang dia tak berrasa jauh dengan saya. Jadi rasa rindu pun tidaklah terlalu ‘sakit’ untuk kami berdua,” katanya.

Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.