“Macam Takda Rasa Bersalah” -Ditinggal Lepas Nah4s Bersama, Gadis Lvmpuh Tuntut Ex-Boyfriend Tanggungjawab

Kira-kira 2 tahun lalu, pernah heboh kisah nahas jalan raya yang melibatkan sepasang pemuda dan gadis. Dalam kejadian berkenaan, Gaga Muhammad hanya mengalami kecederaan kecil manakala teman wanitanya waktu itu disahkan sudah mengalami masalah Spinal Cord Injury.

Tanggungjawablah please, tolong bayar juga…Dah setahun tapi tak ada sesen pun

Tak lama selepas kejadian tersebut, pasangan berkenaan telah pun memutuskan hubungan. Namun Edelenyi Laura Anna memuat naik beberapa posting di Instagram yang menceritakan bekas teman lelakinya itu tidak mahu bertanggungjawab. Malah sebelum ini pemuda tersebut juga pernah beberapa kali mengambil kesempatan ke atasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Edèlenyi Laura (@edlnlaura)

Semangat Laura sayang, berjuang demi keadilan

Terbaru semalam, Laura tampil membuat tuntutan di mahkamah ke atas Gaga untuk bertanggungjawab kerana memandu selepas mengambil minuman keras sehingga menyebabkan nahas tersebut. Malah bukan itu sahaja, pemuda berkenaan juga dikhabarkan tidak langsung membantu dari segi rawatan sepanjang gadis tersebut lumpuh.

Video

Dia ni sumpah kuat, dah dikhianati macam tu pun masih lagi ikhlas…Tapi yang lelaki tu hidup tenang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan gadis tersebut yang masih belum boleh berjalan. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan semoga Laura berjaya menuntut keadilan yang sepatutnya demi masa depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber:TikTok initiara & kilasinfo, Portal Seleb Tempo & Instagram Laura 

Leave a Reply

Your email address will not be published.