Sabaruddin Chik Menghembuskan Nafas Terakhir Jam 8 Malam Tadi

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabaruddin Chik, 80 meninggal dunia kira-kira jam 8 malam, hari ini.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.

Allahyarham menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari 1987 hingga 1996.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkongsi kesedihan pemergian Allahyarham.

“Pernah berkhidmat bersama-sama di kabinet suatu ketika dulu. Allahyarham juga pernah bersama di kepimpinan tertinggi UMNO sebagai Setiausaha Agung.

“Seorang yang amat arif dan berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan dunia korporat,” katanya.

Allahyarham memulakan karier politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari tahun 1982 hingga 1999.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.