Dikejarkan Ke Hospital Jumaat Lalu, Ini Keadaan Terkini Shaheizy Sam

Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan pelakon Shaheizy Sam, 39, kini semakin baik dan kembali okey selepas dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana mengalami ‘Hyp0ventilation’ akibat kelet1han mel4mpau sewaktu menjalani penggambaran.

Terdahulu, Shaheizy Sam atau mesra disapa Sam berkata, dia terpaksa dimasukkan ke wad kecem4san di zon merah apabila terkena serangan itu ketika sedang bekerja. 

“Sebenarnya, saya pernah terkena ser4ngan begini ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 dulu. Ia dikenali sebagai ‘Hypoventilation’ yang mana kadar oksigen berkurangan di dalam badan kerana keletihan.

“Serangan itu membuatkan dada saya menjadi sempit dan sukar untuk bernafas. Jadi, saya dimasukkan ke zon merah kelmarin, untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor memantau tahap kesihatan saya,” katanya kepada Harian Metro. 

Jelas Sam lagi, dia bersyukur keadaan kesihatannya tidak begitu serius dan diberi pelepasan pada hari yang sama untuk meneruskan penggambaran selepas dipantau dalam tempoh sejam di hospital.

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin beransur pulih dan kini dapat meneruskan kerja penggambaran semula.

“Selepas mengambil ‘drip’ dalam tempoh satu jam, saya dah boleh kembali ke set penggambaran untuk menyambung kerja. Syukur peny4kit ini tidaklah terlalu serius, cuma ia datang dan pergi saja,” katanya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Untuk rekod, serangan ‘Hypoventilation’ berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan akibat keletihan melampau. 

Jika seseorang mengalami ser4ngan ‘Hypoventilates’, tahap karbon dioksida dalam badan akan meningkat, sekali gus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen di dalam d4rah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.