Kali ke-3 dig1git sengkenit sampai dem4m! Puncanya masih misteri – “Parut dig1git tahun lepas pun belum hilang”

RUPA makhluk ini sangat kecil, tetapi kesan gig1tannya meninggalkan kesakitan yang berganda.

Itulah penangan sengkenit, binatang p4rasit yang menghisap d4rah manusia ataupun haiwan mamalia.

Hanya mereka yang pernah menjadi m4ngsa g1gitan makhluk kecil ini sahaja tahu betapa ‘azabnya’ kes4kitan yang dit4nggung, termasuk wanita ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noor Azmawani Mohamad berkata, dia hanya menyedari dig1git ser4ngga berkenaan ketika sedang mengemas dapur sebelum masuk ke bilik tidur.

“Pada siang hari, saya pergi ke Terengganu kerana nak beli keropok lekor. Selepas tu dalam perjalanan pulang, saya singgah kedai buah sekejap.

“Masa tengah buat kerja dapur malam harinya, saya rasa s4kit di kaki. Dalam hati ‘janganlah kena lagi’ sebab dah pernah kena sengken1t atau kami gelar tempir4s.

“Tengok-tengok, memang betul kena. Ia g1git di bahagian belakang lipatan lutut,” ujar wanita berusia 27 tahun yang menetap di Kota Bharu, Kelantan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Senang disapa Eny, usahawan kosmetik ini berkata ia bukanlah kejadian pertama dialaminya kerana pernah dua kali menjadi mangsa gigitan sengkenit pada tahun lalu.

“Sebelum ini pernah kena gigit dekat perut dan paha… sampai sekarang parut dan gatalnya belum hilang. Ini dah kena lagi sekali pula,” ujarnya.

cekenit 2

Eny sudah tiga kali menjadi m4ngsa gigitan sengken1t.

Tambah Eny, ketika kejadian, suaminya bekerja di Kuala Lumpur, dan dia terpaksa meminta bantuan kakaknya untuk membuang serangga tersebut.

“Saya dah tahu sakitnya macam mana… memang tak boleh tidur sebab sakit g1gitannya dan macam dedar nak demam. Kakak datang ke rumah untuk bantu buang sebab ia di bahagian yang sukar saya capai.

“Kakak letakkan dulu minyak kapak… sebab ada petua beritahu kena letak sesuatu benda yang berb4u kuat untuk bagi ia m4ti dan lepaskan gigitan

“Masalahnya, serangga tu m4ti, tapi masih bergayut di kulit. Lagilah panik. Kakak buang guna ‘tweezer’ mal4ngnya seng4t masih tertinggal pada kulit.

Saya dah tahu s4kitnya macam mana… memang tak boleh tidur sebab s4kit gig1tannya dan macam dedar nak dem4m.

NOOR AZMAWANI MOHAMAD

“Sakitnya masa kakak cabut tu, saya menjer1t-jerit. Esoknya memang saya dem4m. Bila suami pulang ke Kelantan keesokannya, barulah pergi ke klinik,” kata wanita ini lagi.

Tidak menyangka perkongsian dua videonya masing-masing meraih sehingga melebihi lima juta dan sembilan juta tontonan, Eny berkata dia terharu apabila ramai yang berkongsi petua di laman komen.

cekenit 3

Antara komen netizen pada perkongsian video Eny.

“Ramai share pengalaman terkena sengkenit. Ada yang pernah sampai kaki ‘cramp’. Tapi saya rasa terharu bila ramai yang share petua. Bukan setakat di komen, malah ramai yang hantar Whatsapp sebab saya ada paparkan nombor untuk tujuan bisnes.

“Tapi ramai juga tanya pasal sengkenit sebab tak pernah kena. Mereka tanya apa puncanya. Jujurnya, saya sendiri tak tahu dapat dari mana. Ada cakap mungkin sebab kucing… tapi saya tak pelihara kucing pun.

“Apapun saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sangat-sangat prihatin,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.