Sering Didkwa H4mil, Akhirnya Mira Filzah Buka Mulut Setelah Lama Berdiam Diri

Pelakon jelita, Mira Filzah, 28, mengaku tidak terasa hati apabila terdapat segelintir individu yang mendakwa dirinya kini berbadan dua.

Mira berkata, dia sangat memahami keterujaan orang ramai terutama peminat yang sentiasa menunggu berita gembira itu daripadanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Sejujurnya saya tak ambil hati atau  pun marah, sebaliknya saya anggap apa yang dikongsikan itu sebagai satu doa yang baik untuk saya dan Emir.

“Saya tahu soal zuriat adalah satu berita yang ditunggu- tunggu oleh peminat, jadi biarlah mereka terus memanjatkan doa kerana mana tahu dalam ramai-ramai yang berdoa, Allah makbulkan permintaannya,” katanya.

Menurut Mira, dia tidak akan sesekali merahsiakan berita kehamilannya apabila sudah tiba waktu tepat.

“Saya percaya yang berita kehamilan adalah satu perkara yang baik untuk dikongsikan. Jadi saya tidak akan sorok.

“Cuma buat masa ini tiada apa yang boleh saya kongsi. Insha-Allah, kalau ada apa-apa perkembangan saya akan beritahu kepada semua,” katanya.

Untuk rekod, Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.